...Sijil Pendaftaran
Sijil Pendaftaran
Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya
(PEASE)



...Salam Aidilfitri 1431

Kemaafan Mungkin Amat Berat Untuk Diberikan Kepada Orang
Yang Pernah Melukai Hati Kita. Tetapi Hanya Dengan Memberi
Kemaafan Sahajalah Kita Akan Dapat Mengubati Hati Yang Telah
Terluka. Kemaafan Yang Diberi Secara Ikhlas Umpama Pisau
Bedah Yang Boleh Membuang Segala Parut Luka Emosi.

Bermaaf-Maafanlah Di Hari Raya Yang Mulia Ini.
Semoga Kemuliaan Bertahkta Di Dalam Sanubari Kita.
Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Semua Rakan2 PEASE.


...1 Malaysia Menjana Tranformasi
Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke-53
1 Malaysia Menjana Tranformasi


...Ahlan Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1431

Ya Allah
Redha Dan Terimalah Segala Amalanku Di Bulan Ramadhan Ini
Serta
Ampunilah Segala Dosa-Dosaku Yang Telah Lalu
(Amin)


...Mesyuarat Agung Kali Pertama

Mesyuarat Agung Kali Pertama bakal diadakan pada penghujung tahun ini dan tarikh yang dicadangkan adalah pada 18hb Disember 2010.

Agenda Utama :

  • Pemilihan Jawatan Kuasa Tertinggi PEASE.
  • Perbincangan Aktiviti PEASE dan segala isu yang berkaitan.

Pemilihan Jawatan Kuasa Tertinggi PEASE kali pertama ini adalah amat penting dan perlu diberi perhatian serius.

Ini kerana Jawatan Kuasa Penaja yang sedia ada pada hari ini hanyalah bertindak selaku penggerak awal penubuhan dan mempunyai hadkuasa sehingga penganjuran & perlantikan Jawatan Kuasa Tertinggi yang rasmi dalam Mesyuarat Agung sahaja.

Setelah itu, Jawatan Kuasa Tertinggi baru yang dibentuk inilah yang bakal menjadi nadi utama & berkuasa penuh untuk menguatkuasakan segala perkara & undang2 yang terkandung di dalam perlembagaan persatuan juga menjadi penggerak bagi segala aktiviti dan seterusnya bakal menentukan hala tuju PEASE selepas ini.

Justeru, kepada anda yang berminat untuk bertanding atau mempunyai cadangan nama calon yang difikirkan layak untuk bertanding dalam pemilihan Jawatan Kuasa Tertinggi ini, anda bolehlah memberikan nama dan jawatan yang ingin ditandingi ke email msra112315@yahoo.co.uk.

Harap Maklum.

Terima kasih.

...Penyampaian Sijil & Kursus Pengurusan
Majlis Penyampaian Sijil Pertubuhan & Kursus Pengurusan Pertubuhan
9 Ogos 2010





...Jualan Gerai
Jualan Gerai Hari Perkhemahan Badan Beruniform
28 hingga 30 April 2010




...Majlis Pelancaran PEASE
Majlis Pelancaran Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya
(PEASE)

Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Dewan Sejaya Mulia
Perasmi : Dato' Hj Din Bin Adam



Secara rasminya PEASE telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu iaitu Dato' Hj Din Bin Adam.

PEASE juga secara rasminya telah lulus pendaftarannya atas nama "PERSATUAN".

Sekalung penghargaan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Terengganu kerana telah meluluskan Alumni SMK Ketengah Jaya atas nama "Persatuan" serta tidak lupa kepada mereka telah yang membantu dalam melancarkan lagi proses pendaftaran PEASE ini.
...Kem Motivasi
Kem Motivasi "Knowledge Exchange"

Tarikh : 15 - 17 April 2010
Tempat : D'Pengkalan Nature & Lodge


~~~~~0000~~~~~

Kem motivasi ini telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta lepasan SPM mengenai perbezaan suasana dan cabaran antara alam persekolahan dan alam selepas persekolahan. Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya (PEASE) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program sebegini bagi mengelakkan anak-anak sejaya mengalami 'kejutan budaya' apabila berjaya menjejakkan kaki ke dunia luar yang penuh dugaan dan cabaran.



...Sumbangan Makan Minum
Majlis Temu Mesra IbuBapa PMR/SPM/STPM

Tarikh : 14 April 2010

Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya sekali lagi terpanggil untuk memberi sumbangan makan dan minum untuk Majlis Temu Mesra IbuBapa bagi murid PMR/SPM dan pelajar STPM.

Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan pihak ibubapa seterusnya sebagai landasan pihak sekolah untuk berbincang bersama pihak ibubapa mengenai hal-hal akademik anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan PMR/SPM/STPM.
...Sumbangan Anugerah
Anugerah Atlet Cemerlang Sejaya

Tarikh : 4 April 2010

Anugerah ini telah disumbangkan oleh Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya (PEASE) kepada dua orang atlet cemerlang sejaya.

  • Mohd Shahril Bin Yaacob (2 Emas 1 Gangsa)
  • Siti Aisyah Zakaria (Emas Lompat Tinggi 5 tahun berturut-turut)

Kejayaan kedua-dua atlet ini adalah berdasarkan kecemerlangan mereka pada temasya MSSD. Mereka juga telah berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri.

PEASE telah berbesar hati untuk memberi sumbangan dengan menganugerahkan mereka sebagai Atlet Cemerlang Sejaya di atas kejayaan mereka mengharumkan nama Sejaya dan pada masa yang sama Sejaya juga telah melakar kejayaan tersendiri dengan menduduki tempat ketiga secara keseluruhan dengan mengalahkan lebih 20 buah sekolah sekitar daerah Dungun.
...Logo Rasmi PEASE




...Reunion Batch 2003
Reunion Batch 2003

Tempat:- Teluk Lipat
Tarikh:- 14 Februari 2010



Maaf ye kawan2 sbb ni je foto y diambil secara xsengaja.akan dtg kami ambik byk lg foto.Tp ap2 pn best jupe saeng2 lm.terubat rindu.rugi sape x join.
...Reunion Batch 1996

Reunion Batch 1996

Tempat:- Teluk Lipat, Dungun, Trg.
Tarikh:- 14 Februari 2010



Tahniah kepada batch '96 kerana berjaya mengumpulkan rakan2 kerana buat pengetahuan semua. Batch '96 ini hampir 15 tahun mereka tidak berjumpa sesama mereka dan inilah salah-satu usaha murni Persatuan Alumni Sejaya (PEASE) iaitu untuk merapatkan kembali hubungan yang telah lama terpisah. TAHNIAH sekali lg. Jadi untuk batch2 lain, apa tunggu lg. Jom pakat bt REUNION ramai2...
  • Assalamualaikum

    Salam Kepada Semua Ahli Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya (PEASE) Dan Yang Melayari Blog Rasmi Alumni ini.


    Alamat

    Berurusan

    SMK Ketengah Jaya,
    Bandar Ketengah Jaya,
    23300 Dungun,
    Terengganu Darul Iman.

    Surat-Menyurat

    L-134 No.4 Jalan Paka,
    Taman Bersekutu,
    23000 Dungun,
    Terengganu Darul Iman.


    Program Terbaru

    Iklan

    Jom Chat