...Majlis Pelancaran PEASE
Majlis Pelancaran Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya
(PEASE)

Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Dewan Sejaya Mulia
Perasmi : Dato' Hj Din Bin Adam



Secara rasminya PEASE telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu iaitu Dato' Hj Din Bin Adam.

PEASE juga secara rasminya telah lulus pendaftarannya atas nama "PERSATUAN".

Sekalung penghargaan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Terengganu kerana telah meluluskan Alumni SMK Ketengah Jaya atas nama "Persatuan" serta tidak lupa kepada mereka telah yang membantu dalam melancarkan lagi proses pendaftaran PEASE ini.
...Kem Motivasi
Kem Motivasi "Knowledge Exchange"

Tarikh : 15 - 17 April 2010
Tempat : D'Pengkalan Nature & Lodge


~~~~~0000~~~~~

Kem motivasi ini telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta lepasan SPM mengenai perbezaan suasana dan cabaran antara alam persekolahan dan alam selepas persekolahan. Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya (PEASE) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program sebegini bagi mengelakkan anak-anak sejaya mengalami 'kejutan budaya' apabila berjaya menjejakkan kaki ke dunia luar yang penuh dugaan dan cabaran.



...Sumbangan Makan Minum
Majlis Temu Mesra IbuBapa PMR/SPM/STPM

Tarikh : 14 April 2010

Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya sekali lagi terpanggil untuk memberi sumbangan makan dan minum untuk Majlis Temu Mesra IbuBapa bagi murid PMR/SPM dan pelajar STPM.

Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan pihak ibubapa seterusnya sebagai landasan pihak sekolah untuk berbincang bersama pihak ibubapa mengenai hal-hal akademik anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan PMR/SPM/STPM.
...Sumbangan Anugerah
Anugerah Atlet Cemerlang Sejaya

Tarikh : 4 April 2010

Anugerah ini telah disumbangkan oleh Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya (PEASE) kepada dua orang atlet cemerlang sejaya.

  • Mohd Shahril Bin Yaacob (2 Emas 1 Gangsa)
  • Siti Aisyah Zakaria (Emas Lompat Tinggi 5 tahun berturut-turut)

Kejayaan kedua-dua atlet ini adalah berdasarkan kecemerlangan mereka pada temasya MSSD. Mereka juga telah berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri.

PEASE telah berbesar hati untuk memberi sumbangan dengan menganugerahkan mereka sebagai Atlet Cemerlang Sejaya di atas kejayaan mereka mengharumkan nama Sejaya dan pada masa yang sama Sejaya juga telah melakar kejayaan tersendiri dengan menduduki tempat ketiga secara keseluruhan dengan mengalahkan lebih 20 buah sekolah sekitar daerah Dungun.
  • Assalamualaikum

    Salam Kepada Semua Ahli Persatuan Alumni SMK Ketengah Jaya (PEASE) Dan Yang Melayari Blog Rasmi Alumni ini.


    Alamat

    Berurusan

    SMK Ketengah Jaya,
    Bandar Ketengah Jaya,
    23300 Dungun,
    Terengganu Darul Iman.

    Surat-Menyurat

    L-134 No.4 Jalan Paka,
    Taman Bersekutu,
    23000 Dungun,
    Terengganu Darul Iman.


    Program Terbaru

    Iklan

    Jom Chat


  • Followers

    Penyegar Hati

    Yang Di Atas Adalah Lebih Baik Daridapa Yang Di Bawah , Tetapi Apabila Sudah Berada Di Atas, Janganlah Dilupai Yang Di Bawah Kerana Di Bawahlah Puncanya Di Atas.

    Sebaik-Baik Sahabat Itu Adalah Orang Yang Tidak Pernah Berubah Kebaikannya Walaupun Zaman Telah Berubah Dan Sentiasa Berubah.

    Barangsiapa Yang Mati Dalam Menuntut Ilmu Bertujuan Untuk Menghidupkan Islam, Maka Antara Dia dan Para Nabi Adalah Satu Darjat Dalam Syurga. -Hadis-