Yang Pernah Melukai Hati Kita. Tetapi Hanya Dengan Memberi
Kemaafan Sahajalah Kita Akan Dapat Mengubati Hati Yang Telah
Terluka. Kemaafan Yang Diberi Secara Ikhlas Umpama Pisau
Bermaaf-Maafanlah Di Hari Raya Yang Mulia Ini.
Semoga Kemuliaan Bertahkta Di Dalam Sanubari Kita.
Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Semua Rakan2 PEASE.
Mesyuarat Agung Kali Pertama bakal diadakan pada penghujung tahun ini dan tarikh yang dicadangkan adalah pada 18hb Disember 2010.
Agenda Utama :
- Pemilihan Jawatan Kuasa Tertinggi PEASE.
- Perbincangan Aktiviti PEASE dan segala isu yang berkaitan.
Pemilihan Jawatan Kuasa Tertinggi PEASE kali pertama ini adalah amat penting dan perlu diberi perhatian serius.
Ini kerana Jawatan Kuasa Penaja yang sedia ada pada hari ini hanyalah bertindak selaku penggerak awal penubuhan dan mempunyai hadkuasa sehingga penganjuran & perlantikan Jawatan Kuasa Tertinggi yang rasmi dalam Mesyuarat Agung sahaja.
Setelah itu, Jawatan Kuasa Tertinggi baru yang dibentuk inilah yang bakal menjadi nadi utama & berkuasa penuh untuk menguatkuasakan segala perkara & undang2 yang terkandung di dalam perlembagaan persatuan juga menjadi penggerak bagi segala aktiviti dan seterusnya bakal menentukan hala tuju PEASE selepas ini.
Justeru, kepada anda yang berminat untuk bertanding atau mempunyai cadangan nama calon yang difikirkan layak untuk bertanding dalam pemilihan Jawatan Kuasa Tertinggi ini, anda bolehlah memberikan nama dan jawatan yang ingin ditandingi ke email msra112315@yahoo.co.uk.
Harap Maklum.
Terima kasih.